Menu
Mohd_Shafie_Naswip Kehidupan peribadiShafie bersekolah di Sekolah Menengah Gombak Setia, Gombak, Selangor. Beliau terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan akur dengan kemampuan dirinya. Beliau hanya memilih filem berkualiti yang mempamerkan bakat lakonannya supaya tidak kelihatan stereotaip di kaca mata penonton. Kerana sudah terbiasa hidup dalam kedaifan, duit yang diterima hasil daripada lakonannya telah disimpannya dan separuhnya diberikan kepada ibu bapanya. Selain itu, beliau sering menggunakan motosikal untuk ke mana-mana.[3][4][5][6][7][8]
Beliau bertunang dengan pelakon Aishah Azman pada 7 April 2019 di Forest Valley Hall, Bandar Mahkota Cheras.[9] Mereka mula menjalin hubungan cinta sejak 2018 dan memilih tema taman untuk majlis pertunangan mereka. Majlis itu dihadiri oleh seramai 200 tetamu terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan.[10][11]
Menu
Mohd_Shafie_Naswip Kehidupan peribadiBerkaitan
Mohd Safee Mohd Sali Mohd Asri Zainul Abidin Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak Mohd Khairuddin Aman Razali Mohd Amri Yahyah Mohd Shafie Apdal Mohd Ali bin Ismail Mohd Ali bin Mohd Rustam Mohd Faiz Subri Mohd Isa Abdul SamadRujukan
WikiPedia: Mohd_Shafie_Naswip